Jawapan Kenyataan Ustaz Lah Tentang MOVA makan duit haram dan ambil hak orang lain

kenyataan ustaz lah berbunyi :

“jangan makan duit haram” & “Mereka mengambil hak orang lain TANPA KERELAAN”

“bermaksud KALAU kita menggunakan link affiliate orang lain, content orang lain tanpa kerelaan mereka dan kita mendapat manfaat, duit yang kita makan adalah haram”

Dan memetik Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim

“Tidak halal harta seorang Muslim diambil kecuali dengan kerelaan hatinya.”
(HR. Ahmad, 5/72; al-Baihaqi; disahihkan oleh al-Albani)

Kenyataan ini  tidak dijelaskan secara terperinci dan Kenyataan ini berbentuk andaian spekulatif kerana tidak disertakan bukti dan hanya bersandar pada kemungkinan ‘KALAU’ serta menimbulkan banyak pertanyaan dan mengelirukan orang ramai

“Dalam fiqh muamalat, memberi hukum dengan andaian tanpa bukti termasuk dalam bercakap tanpa ilmu yang jelas.”

saya cuba nak mengulas kenyataan ini tapi saya keliru sebab sistem MOVA tidak ada cara untuk untuk menggunakan content orang lain atau link orang lain tanpa kerelaan

Soalan Utama sekarang adalah “Bagaimana Cara Mova CURI CONTENT ATAU GUNA link orang lain tanpa kerelaan sehingga jatuh kepada hukum Makan Duit HARAM dan Ambil Hak Orang lain?

Cara MOVA Berfungsi :  (KLIK SINI untuk panduan cara  guna MOVA)

  • Pembeli nampak produk di TikTok Shop (melalui live atau video)

  • Mereka copy link produk sendiri dari beg kuning TikTok

  • Link itu diletak dalam MOVA untuk beli & dapat cashback

Tiada proses:

  • Download video orang lain

  • Re-upload ke akaun lain

  • Edit / guna content untuk promosi

Jadi tiada unsur curi content. ✅

Mungkin juga penggunaan “KALAU” dalam kenyataan USTAZLAH adalah salah satu kenyataan berbentuk andaian spekulatif kerana tidak disertakan bukti dan hanya bersandar pada kemungkinan “KALAU”

FAHAMI APA MOVA

Mova adalah apps yang menawarkan CASHBACK kepada PEMBELI di Platform SHOPEE dan TIKTOK .

CARA CLAIM CASHBACK :
(Boleh KLIK SINI untuk panduan cara  claim dan cara daftar)

  1. Pembeli hanya perlu Daftar sebagai USER MOVA secara PERCUMA
  2. Pembeli COPY LINK PRODUK Samada di SHOPEE atau TIKTOK SHOP
  3. Buka Apps Mova PASTE/AUTO POP UP akan keluar untuk tengok jumlah cashback yang MOVA berikan
  4. Pembeli Klik Order
  5. Sistem Mova akan bawa Pembeli ke Shopee atau Tiktok Shop kembali
  6. Pembelian Berlaku di Shopee atau Tiktok berdasarkan LINK yang di COPY PAST

kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Ustaz Lah jelas menimbulkan persoalan dari segi ketepatan fakta dan adab mengeluarkan pandangan.


1️⃣ Realiti Sistem MOVA

  • MOVA hanyalah platform cashback & referral affiliate

  • Tidak ada proses curi content, kerana:

    1. Pembeli hanya copy link produk sendiri dari TikTok Shop

    2. Tiada keperluan download, re-upload, atau guna video orang lain

    3. Komisyen affiliate dibahagi untuk pembeli, partner, dan MOVA sebagai pengurus platform

Kesimpulan:
➜ Tiada unsur ambil content atau hak orang lain secara paksa


2️⃣ Masalah Pada Kenyataan Ustaz Lah

  1. Menyebut nama MOVA secara jelas

  2. Menggunakan frasa keras seperti:

    • “Jangan makan duit haram”

    • “Mengambil hak orang lain tanpa kerelaan”

  3. Disokong dengan hujah andaian (KALAU) tanpa bukti sebenar

Contoh masalah:

“KALAU kita guna content atau link orang lain tanpa kerelaan, duit itu haram”

  • Dalam kes MOVA: Situasi itu tidak berlaku

  • Jadi kenyataan ini mengelirukan orang awam kerana mengaitkan MOVA dengan perbuatan yang tidak wujud


3️⃣ Implikasi Dari Sudut Syariah

Dalam Islam, memberi hukum tanpa bukti sahih boleh jadi berdosa:

  • Surah Al-Hujurat ayat 6 → wajib tabayyun (periksa dahulu)

  • Surah Al-Isra’ ayat 36 → jangan ikut atau sebar sesuatu tanpa ilmu

Jika kenyataan ini menyebabkan:

  • Orang awam menganggap pembeli/partner makan duit haram

  • Merosakkan reputasi syarikat tanpa bukti

Maka ia jatuh kepada ghibah (mengumpat) atau fitnah jika tidak disertai bukti kukuh.


4️⃣ Kesimpulan Adil

  • Sistem MOVA tidak terlibat dengan curi content

  • Kenyataan yang menyebut MOVA dalam konteks ini tidak tepat

  • Sepatutnya ustaz tersebut:

    1. Rujuk dahulu pihak MOVA untuk penjelasan rasmi

    2. Huraikan dengan fakta jelas, bukan andaian “KALAU”

    3. Bezakan kesalahan individu (jika ada) dengan sistem


Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak termasuk MOVA, partner MOVA, TikTok, Shopee, atau affiliate lain.
Tulisan ini hanya untuk tujuan pendidikan & penjelasan umum, bukan nasihat rasmi atau hujah syariah.
Untuk pengesahan atau maklumat rasmi, sila rujuk pihak berautoriti.

error: Content is protected !!
Scroll to Top